Lost in a wasteland II

"Tika, nape buka cerita?"
"Sebahagian kisah hidupku. Perlukah aku menyoroknya?"
Tanda-Tanda TIBI

* Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
* Kahak yang mungkin mengandungi darah
* Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
* Susut berat badan dan hlang selera makan
* Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
* Mudah menjadi letih
Dec 28
"Pagi! Camne ari ni?"
"Owh..batuk darah lagik.."

Doktor hensem datang menyapa. 'Owh okay juga masuk wad'. Tak rugi!


"Kejap lagi budak² medic akan datang soal² awak kay? Berikan kerjasama..diorang masih baru.."
"Owh okay.."

Kena interview dengan student² medic untuk pertama kali rasa kelakar. Kenapa? Usia mereka tidak jauh beza denganku. Komunikasi pun jadi mudah.

"Wah kak, 22 pon da kena suspek tibi..muda tu.."
"Huhu mende nak jadi dek..nak blame orang, akak takut.."

Seterusnya soalan demi soalan perubatan diajukan kepadaku. Sedang mereka asyik menyoal, datang doktor muda perempuan membawa jarum suntikan.
"Wah kak, nak cucuk apa?"
"Eheh, adek jangan risau..sakit sikit jer.."
"Adeh kak, cecair apa akak masukkan tu..?"
"Ini namanya antibiotik..tahan ye dek.."

Petang 28 Dec
Suhu badanku meningkat 38.5c tetapi nurse hanya catatkan sahaja 38c di carta. Katanya tinggi sangat, takut!.

Lima 'specimen containers' diberikanku. "Masukkan kahak ye dek, nak dihantar ke lab nanti".

Aku hanya mampu mengangguk.

"Pukul 4 nanti ikut akak tau, ada date dengan klinik dada."
"Date dengan klinik dada?"
"Haha nanti adek tau.."

Tepat pukul 4, aku dibawa ke klinik dada bersama dua orang pesakit lain. Nurse membawa kami meronda di sekitar hospital. Sampai di klinik dada, kami menunggu arahan dari pihak sana. Namaku dipanggil untuk masuk ke dalam.

"Haa dek, camne leh masok sini?.."
"Err mana saya tau.."
"Haha saja nyakat.."

Omg jarum lagik!

"Aisey apa tu bang.."
"Haha ini jarum suntikan..dalam ini ada kuman tibi jenis lemah. Kami akan inject untuk tahu result samada adek ada tibi or tidak.."
"Camne nak tau saya ada tibi ke tidak"
"Hehe, tunggu 3 hari kemudian..pastu datang sini balik k?"

Selesai menerima suntikan, aku pun keluar dari bilik tersebut dan kembali ke tempat dudukku bersama pesakit lain. Dan tetiba aku dikejutkan oleh seorang pekerja disitu. Berpakaian staff hospital.

"Eh dek, kenapa duduk sini? Tak reti nak balik?!"
'Err akak ni cakap dengan aku ke?' aku hanya memandang.
"Dek, sini kejap!"

Dia memanggilku di hadapan pekerja² hospital yang lain. Di hadapan lebih kurang 10 pekerja lelaki dan juga berdekatan taman permainan yang penuh dengan ibu bapa dan anak-anak mereka.

"Eh dah sudah tak reti nak balik ke? C4 pon tak tau? Nape? tak reti balik? Jalan terus..tanya la guard!! Tu pon tak tau lagi?!"
Tidak berhenti-henti dia memarahiku.
"Err..saya baru kat kawasan sini kak.."
"Tanyalah guard! Ape ke biol kau ni!.."

Suaranya memetir telah menarik perhatian orang ramai di situ. Semua terhenti memandangku.

Dengan hati yang berkecamuk, sedih! aku terus berlalu. Aku tidak tahu untuk berkata apa. Daripada aku rasa tenang untuk menerima rawatan, hatiku terus sedih bagai nak rak! Malu dan sedih! Ini ke staff hospital? Perlukah memarahi aku didepan khalayak ramai?

Sampai di C4, nurse bertanya mengapa aku balik seorang diri. Aku hanya menahan air mata. "Kena marah dengan staff sana, dia suruh balik sendiri..". Riak terkejut di muka nurse. "Isk, siapa tu? Tak patutnya..adek da ler baru kat sini. Teruknya orang tu..sepatutnya kami yang kena jemput adek kat sana. Adek tak boleh balik seorang diri. Memang polisi hospital, pesakit dibawah jagaan nurse wad tersebut. Tak pe dek, adek berehat dulu, akak pergi ambil file dan xray adek ok".

Dugaan hari kedua bermula.

Read More

Lost in a wasteland I


Sejarah hitamku bermula, andai dulu ku berlari, kini ku menyusuri denai sepi.

Permulaan tahun baru,
penyakit pun baru!
Owh~



OOoo chewahh ayat tak leh blah!

Dec 27
Selesai aku mengupdate blog, aku terus bersarapan seperti biasa. Dan setelah itu, ku kembali ke kaca tv menonton cerita ntahapekebendaakusendiripuntakingat. Sedang aku asyik menonton, dadaku kembali terasa tidak selesa. Ku terus ke sinki meluahkan segala²nya. Pagi itu juga aku terus ke hospital. Kelakarnya, ibuku sudah siap sedia membawa beg pakaian. "Mungkin tika akan masuk wad.." kata ibu.

Di bilik doktor
Doktor sedang memeriksa pernafasan ku. Dia terus menyuruhku ke bilik x-ray. Tanpa berfikir panjang, ku ikuti sahaja. Selesai mendapatkan fail x-ray, ku kembali ke tempat doktor. Doktor membelek x-rayku dan dia terus mencapai mask! *rofl* tergelak sebentar melihat. Katanya lagi, "Awak akan masuk wad hari ini, xray awak menunjukkan awak berkemungkinan ada tibi..doktor lain akan periksa awak nanti. Nah ini mask untuk awak.."

Sementara itu, aku ditempatkan ke bahagian belakang (wad sementara) berikutan wad untuk pesakit sepertiku penuh. Aku didatangi oleh beberapa orang doktor bertanyakan pelbagai perkara termasuklah "Awak ada pernah contact dengan pesakit tibi?".

Kemudian, mereka mengambil sampel darahku. Dicucuknya aku 6 kali sampai lebam² tanganku dibuatnya. 'Doktor pelatih kot' getus hati kecilku. Aku kemudian dibawa menaiki ambulans untuk ke wadku. Pengalaman pertama!.

Wad C4
"Ceh..blok lama..ingat blok baru..".
Bermulalah episod pertama bermalam di wad. Pengalaman pertama buatku. Malam itu, aku batuk darah lagi. Nurse bekalkanku dengan plastik kuning gambar radioaktif. Kananku hanya katil kosong, sebelah kiri pula..dinding. OoOo takut? Sikit la..

Aku mencari nurse sambil membawa plastik berisi darah. Seorang mak cik terpandangku. Tetiba lantang suara dia berbunyi.."Jangan ambil! jangan ambil! jangan ambil!.." Ekolalia sehingga nurse datang padanya. Aku terkejut. Adakah disebabkan aku? Aku tidak tahu dan tidak ambil pusing lalu kembali ke katilku. Meneruskan tidurku sambil mendengarkan laungan suara mak cik itu..jangan ambil? Huu aku tidak mahu berfikir bukan²..

Yeah bersambung..
Gambar? Nantilah..:)

Read More

Doakan daku :'(

Hmm lama blog aku bersarang dek kerana internet connection kat umah aku ni sangat la sempot. Lain reason, malas..haha. Senang sket nak simpulkan.

4 hari lepas, aku dikejutkan dengan shocking news. Bukan ler berita sebenarnya tetapi aku terkejut berok je. Nak tau story pasal ape? Ikutilah kisah aku yang membosankan ni.

Tidur petang sememangnya menjadi kebiasaan bagi aku. Haha ok aku admit sememangnya tak elok tapi alerr layan ngantuk mata time² cuti apa salahnya kan?. So masa aku tengah syiok tido tu, badan aku rasa tak berapa sedap. Terasa kahak penuh kat dada. Well, slalunye aku telan je balek kalo kahak tu sket. Ok aku tau aku tak senunuh tapi well admit la, korang pon pena gak wat camtukan. Tapi kali ini abit difference than usual. Aku terus keluarkan kahak tersebut. Wow, aku terpana sekejap kat sinki toilet. Kahak aku bukan macam biasa. Its all blood. Tiga kali aku batuk, tiga kali tu la sumenya blood. Huu quite shocking for me. Then, aku terus gitau baba. Aww sedeynya dia boleh continue tidur. Aiyak baba mesti ingat aku main². So aku pon wat dono je ler. Nak gitau mak, mak ngan rehan gi langkawi. Malam kang baru balek. So aku pikir esok je la aku gitau. So aku tidur macam beyse. Hmm..

The next day, aku batuk lagi, yeah kali ni bukan main2..sinki aku penuh ngan kahak berdarah. Tapi aisey timing sucks pula. Parents aku sume gi keje. Nak tunjuk bukti pon tak dapat. So aku dapat satu idea ni. Agak bodoh punye idea lah. Aku panggil rehan tgk aku time aku nk batuk kat sinki tu. Yup akhirnya dia menjerit tengok aku bukan main². Pastu aku amek ler plastik. Dok batuk kat situ la. Kunun nak jadikan evidence. Hak tuih. Haha boley aku main². Malam tu mak aku suh makan obat gamat aje. Erk..ok aku ikut jer la. They said if i still coughing blood again, gi klinik terus. Tapi effect obat gamat tu, suhu badan aku jadi tak menentu. Sekejap panas gile kepala, sekejap sejuk nak mampuih badan..naseb alergik aku tak naik.

The next day again, elok pula aku bangun sarapan macam biasa. No batuk..so mak aku suh continue taking the obat gamat. Tapi heh, tengahari lepas lunch, batuk aku menjadi². Yeah, kahak darah lagik. So petang tu terus bawa ke Klinik Mariam, doktor tanya macam² la. Pastu dia check pernafasan aku. Dia kata breathing aku tak betui. So dia terus kata dia akan buat surat suruh gi xray this coming monday. Dia suspek aku ada tibi. Erk..tibi? Speechless.

So today..aku jadi takut ler plak. I hope its not tibi. Kawan², doakan aku yer. Tak mo ler. Cuti sekolah dah nak abes. Aku tak susun fail MQA pon lagi. Praktikum 3 bulan lak tu plus ada tesis. Fuhh dugaan..suhu badan aku naik turun. Doakan aku ok. :'(




Read More

....

Oh damn. i freakin hate sumone rite now.

Originally posted by secret
"hate" is such a strong word for me, I don't hate people, I just dislike them. If we hate someone, we don't want to hear their name, or seeing them, nor have someone else mention anything about that person. Dislike, sure you can mention,name them, or seeing them just didn't wanna talk to them.

Okay. i hate that person so much. full stop.

And ya ya i know, hate 1 person, 10 will hate you back. Its karma. what goes around comes around. bleh, geez..haiz..

Its juz i dunno what else im gonna do. Talk nicely, bring that person to mvie, buy that person sumthin..but, geez its still the same..and things are getting worse everyday. i am deeply hurt :'(

And yes, i hate that person.

Read More

Yay for NWO!!


Akhirnya selepas berpulun main server myx! Tadaa!! Kemenangan berada dipihak kami! syabas kepada semua pemain NWO! wuhoo!!

 Congratz B 6 N T 6 I and semua penjaga acc dia :)


Sebahagian daripada askar yang berjuang di medan perang. Perghh :P
Seronok aku bila tengok pasukan TBH jatuh merundum akibat beratus serangan dari pihak lawan. Ternyata akhirnya ia membuahkan hasil. Syabas pada semua pemain yang menyokong NWO :)

Read More

Kami keluar lagi :)


Setelah menempuh 3 paper tempoh hari, maka inilah saat yang dinanti-nantikan oleh kami! Hang out! Akhirnya barulah boleh merehatkan diri. Selepas habis sahaja perjumpaan bersama pensyarah, ada pulak perjumpaan class..adeii timing sucks btol lah! Pastu ada kerja PDK pulak dah..adeii lagik.
Tapi keluar tetap keluar jugak ler kan? Ehee, so tunggu la Kak Lia siapkan team dia punya PDK. Aku pula bukalah Facebook sementara tunggu diorang call. Tetiba dapat sms dari Hanis, so kami pon bersms sementara tu.
Hanis: Tiq, ko kuar g enjoy ke.
Me: Haha x sure la. Tggu Kak Lia je ni..huhu
Hanis: Korang nk g mne. Ak nk join gk. Lh x. Huhu
Me: Haha bleh je. Ktorg gi times tgk 2012, tp g mkn shabu2 dl. tp kena kompom balek ngan diorg sbb kak lia kena settlekan pdk dia dl,,kang jd ak info ko..hehe
Hanis: Haa ok2. He
 So, aku direct call diorang. Haha rupanya diorang lupa nak roger aku. Ceh, nasib aku tak pulun tidur.


Sampai sana beli tiket dulu. Nasib 2012 masih ada lagi. Suka². Tengok Ayu pon dah lapar maka kami pon teruskan gerak ke Shabu². Masalah ler pulak bila tiba kat sana. Macam² tol lah perangai pekerja Shabu² tu. Dah ler tukar seat, pastu amek menu pon salah. Cakap melayu pon tak reti ape tah lagi cakap english. Adeii..

Lain kali amek lah sorang pekerja melayu. Ape daa..


Movie 2012. Dem..sangat sangat sangat awesome! awesome gilerk! Kagum aku dengan visual grafik/ CGI dia. Mana taknya, tengok pengarah ler sapa..pengarah yang buat movie independence day dan the day after tommorow. Tabek²..

Aku memang tak leh blah laa ngan sorang mamat dalam cite ni. Tak abes² cakap “That’s good, that’s good”.. Adeii dah ler muka..kalau ensem x pe gak kot..muahaha.

Dan bagi aku lagi, cite ni korang kalau nak tengok..tengok lah secara posititf..fikirkanlah natural disaster yang berlaku itu hanyalah gambaran hari kiamat sahaja. Malah kalau hendak difikirkan kiamat itu lebih dasyat lagi dari teknologi manusia ini. Tiada siapa yang tahu tarikh sebenar berlakunya kiamat. Tapi Tuhan itu Maha Penyayang, diceritakan kisah² berkenaan hari kiamat di kitab suci-Nya untuk dijadikan panduan dan pedoman bagi umat Islam. Cuma baca tak baca je ye dak?

Dan bila tengok cite ni, usahlah taksub sangat. Nak kagum pun, biarlah pada visual effect dia je. Ending dia tu belakang kira ok? Muahaha.
 

Read More

Best of Luck :)





Bersediakah anda semua wahai para bebudaks sekalian untuk menghadapi exam :)

12/11/09 Khamis 8.30 - 11.00
Paper Pn Madinah

17/11/09 Selasa 2.30 - 5.00
Paper Cik Mes

18/11/09 Rabu 2.30 - 5.00
Paper En Hasizan



Pada yang sudah start membaca..congratz :p, pada yang belum..haha takpe² aku join korang..ekeke. Aku jenis last minute..baca awal² memang tak lekat di otakku :)

Pada semua yang sedang menghadapi exam + presentation..gud luck also :) just do it! hehe


Read More

Sukan Skpks berakhir :)

Sukan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor 2009
dalam kenangan :)

credit pics: SIR ZUL

Hari yang sangat panjang buat semua yang hadir. Haha :)
Thanks semua yang menjayakan event tersebut.


Read More

The Jeloks

Cover depan novel terhangat di pasaran edaran The Jeloks Co.
Dari kiri: Syafiq, Zul, Faizal

Haha. Itu semua dusta belaka. Saja bikin gempak ini picture aje.

The Jeloks's team consist of 9 members :- Zul, Dayah, Ecah, Zue, Bon, Pejal, Syafiq, Alia, and me planning to go having some fun time together!. So we picked a day to hang out. Discuss about it in facebook. Decided on Saturday 10.30am to 5pm but then has been canceled due Pejal and Bon cant come. So we discuss again the date.

So yesterday is the day. We're having so much fun and fully enjoying it to the max!. Such awesome ppl to hang out with.

PDK money eh? Haha dammit! No lah..its our own money lah. After 'doing the math' carefully. Deduct the money, balance and so on. Heck, no need to explain la..roflmao, eventho im the treasurer. Haha.

Sadly, Alia cant join us for unknown reason. She just texting me and said she need to go sumwhere and enjoy the fun with the others. So 8/9. But the plan still move on.

So we went to Times Square for bowling. 2 games. Having some prank here and there. Take lots of pics!. Yup, thanks to Zul for the superb pics taken. Well done for bringing the DSLR there. Superbowl. Definitely left us with some incredible memories there.


Next, we head to Kampung Baru! Wuhoo :) Having some chicken chop there at Stick House. Eventho the lights surely damn romantic and so 'windy', we ate silently as everyone were too starving to have some talk. Haha cool eh?. And me, still hungry...and everyone already reached their limit (full)..haha.

I dunno about the rest, but one thing i know 4sure..after back from Kampung Baru, i sleep like the dead and wake up 6am the next day (today). Guess too tired :).

Overall it was fun and enjoyable. Thanks for reading :)

Read More